Latarbelakang MAIS
Latar belakang Majlis Agama Islam Selangor dikategorikan kepada Latar belakang, Fungsi MAIS, Kuasa MAIS dan Senarai Pengerusi MAIS.
LATAR BELAKANG
MAIS merupakan satu entiti pertubuhan perbadanan (a body corporate) menurut Seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
Pada 1 Mac 2005, Pentadbiran Bahagian Pengurusan Baitulmal (BPB) telah dipindahkan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke MAIS dan telah disahkan oleh Mesyuarat MAIS pada 14 April 2005.
Pengasingan ini adalah menepati kehendak peruntukan Seksyen 81(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa MAIS berkuasa untuk mentadbir dan berhak kepada semua wang dan harta Baitulmal.

Dari segi operasi dan pengurusan, MAIS adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang menjalankan aktiviti-aktiviti utama seperti berikut:
1. Pengurusan
2. Mal
3. Baitulmal
4. Pembangunan Hartanah
5. Pengauditan
6. Perancang Ekonomi
7. Pembangunan Insan
8. Undang-undang
9. Perhubungan awam
10. Perlindungan Wanita dan;
10. Perlindungan Wanita dan;
11. Pemurnian Akidah
KEWAJIPAN MAIS
"MAKA HENDAKLAH MENJADI KEWAJIPAN MAJLIS UNTUK MENGGALAKKAN, MENDORONG, MEMBANTU DAN MENGUSAHAKAN KEMAJUAN DAN KESEJAHTERAAN EKONOMI DAN SOSIAL MASYARAKAT ISLAM DI DALAM NEGERI SELANGOR SELARAS DENGAN HUKUM SYARAK"
Seksyen 7, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
FUNGSI MAIS
Pada awal penubuhannya, fungsi MAIS adalah untuk menasihati DYMM Sultan sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 (Enakmen No. 3 Tahun 1952) yang menyatakan seperti berikut:
'Majlis bagi pihaknya dengan kuasa dikurniakan oleh DYMM Sultan bagi sifatnya menjadi Ketua Agama Negeri inil Hendaklah menolong dan menasihatkan kepada DYMM Sultan di atas segala perkara yang berkaitan dengan Agama Negeri dan Adat Istiadat Melayu, dan hendaklah di dalam segala perkara-perkara itu menjadi kuasa yang tertinggi sekali di dalam negeri ini melainkan yang ada berlawanan dengan perkara yang tersebut di dalam Undang-undang ini.'
Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, fungsi MAIS tersebut telah dimansuhkan dan digantikan dengan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagaimana berikut:
'Majlis hendaklah membantu dan menasihati DYMM berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan Agama Islam di dalam Negeri Selangor, kecuali perkara-perkara Hukum syarak dan berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Negeri Selangor selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.'

KUASA MAIS
Kuasa-kuasa MAIS yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 (Enakmen No. 3 Tahun 1952) dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah sama dalam 10 bidang kuasa.
Walau bagaimanapun, terdapat penambahan kuasa untuk MAIS dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagaimana dijelaskan dalam jadual berikut:
Walau bagaimanapun, terdapat penambahan kuasa untuk MAIS dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagaimana dijelaskan dalam jadual berikut:
| 1952 | 2003 |
| 1. | Majlis berkuasa menjadi pewaris, harta pusaka dan wakil amanah. | 1. | Majlis berkuasa menjadi pewaris, harta pusaka dan wakil amanah. |
| 2. | Majlis berkuasa menjalankan aktiviti komersial dan perindustrian. | 2. | Majlis berkuasa menjalankan aktiviti komersial dan perindustrian. |
3.
| Majlis berkuasa menggalakkan kegiatan komersial tersebut melalui bantuan kewangan | 3. | Majlis berkuasa menggalakkan kegiatan |
| 4. | Majlis berkuasa menjalankan kegiatan komersial secara usaha sama. | 4. | Majlis berkuasa menjalankan kegiatan komersial secara usaha sama. |
| 5. | Majlis berkuasa membuat pelaburan. | 5. | Majlis berkuasa membuat pelaburan. |
| 6. | Majlis berkuasa menubuhkan sekolah Islam, institusi latihan dan penyelidikan Islam. | 6.
| Majlis berkuasa menubuhkan sekolah Islam, institusi latihan dan penyelidikan Islam. |
| 7. | Majlis berkuasa menubuhkan perbadanan dan anak syarikat. | 7. | Majlis berkuasa menubuhkan perbadanan dan anak syarikat. |
| 8. | Majlis berkuasa membuat pinjaman | 8. | Majlis berkuasa membuat pinjaman |
| 9. | Majlis berkuasa melantik jawatankuasa- jawatankuasa dan pegawai untuk membantu dalam menunaikan kewajipannya. | 9. | Majlis berkuasa melantik jawatankuasa- jawatankuasa dan pegawai untuk membantu dalam menunaikan kewajipannya. |
| 10. | Majlis berkuasa menentukan tatacara dan amalannya sendiri. | 10. | Majlis berkuasa menentukan tatacara dan amalannya sendiri. |
| 11. | Majlis berkuasa menubuhkan, mengurus dan mengawal rumah-rumah kebajikan untuk anak yatim. | ||
12. | Majlis berkuasa menubuhkan skim pinjaman pendidikan tinggi. | ||
| 13. | Majlis berkuasa melakukan segala perbuatan yang sesuai dan bermanfaat. | ||
SENARAI PENGERUSI MAIS
| BIL | NAMA | TEMPOH BERKHIDMAT |
| 1. | Engku Mohd bin Engku Besar Burhanuddin | 1953 - 1955 |
| 2. | Encik Abdul Jamil bin Abd. Rais | 1955 - 1957 |
| 3. | Encik Mohd. Ismail bin Abdul Latif | 1957 - 1958 |
| 4. | Encik Taib bin Andak | 1958 - 1959 |
| 5. | Encik Hashim bin Mat Aris | 1959 - 1960 |
| 6. | Encik Lokman bin Mohd. Yusof | 1960 - 1963 |
| 7. | Encik Mohd Samsuddin bin Yaakob | 1963 - 1967 |
| 8. | Tuan Haji Megat Mahy bin Haji Megat Ismail | 1967 - 1969 |
| 9. | Encik Abdul Ghani bin Mohd. Don | 1969 - 1972 |
| 10. | Dato' Alwi bin Jantan | 1972 - 1975 |
| 11. | Encik Husein bin Mohd. Idrus | Januari - September 1976 |
| 12. | Dato' Wan Mansor bin Abdullah | 1977 - 1981 |
| 13. | Dato' Sulaiman bin Amin | 1981 - 1983 |
| 14. | Dato' Haji Sulaiman bin Hashim | 1983 - 1985 |
| 15. | Dato' Sulaiman bin Osman | 1985 - 1988 |
| 16. | Dato' Abdul Halim bin Dato' Abdul Rauf | 1988 - 1991 |
| 17. | Dato' Ahman Zabri bin Ibrahim | 1991 - 1993 |
| 18. | Dato' Yaacob bin A. Hamid | 1993 - 1994 |
| 19. | Dato' Tik bin Mustaffa | 1994 - 1995 |
| 20. | Tan Sri Dato' Hashim bin Meon | 1995 - 1999 |
| 21. | Dato' Haji Ambrin bin Buang | 1999 - 2001 |
| 22. | Dato' Abdul Aziz bin Mohd Yusof | 2001 - 2004 |
| 23. | Dato' Mohamad Adzib bin Mohd Isa | April 2004 - kini |
Nota: Pengerusi MAIS sebelum Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
adalah secara automatik dilantik daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
| < Sebelum | Selepas > |
|---|