UCAPAN DARI MAIS

Visi Misi Motto

Pengurusan Strategik MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR adalah seperti berikut:

 

VISI MAIS
"MEMBANGUNKAN UMMAH KE ARAH MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH"


MISI MAIS
"Pembangunan Ummah Melalui
Pembentukan Masyarakat Berilmu, Beramal, Beriman dan
Berakhlak; Ekonomi Yang Perkasa;
Usaha-Usaha Dakwah Yang Berkesan;
Pengurusan Harta Yang Cekap; dan
Institusi Agama Yang Proaktif"


OBJEKTIF MAIS
"Berusaha meningkatkan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial umat Islam Negeri Selangor melalui kaedah penyelidikan, pengurusan dan pembangunan yang sistematik dan lengkap berlandaskan hukum syarak dengan menggunakan sumber MAIS secara optimum"



5 STRATEGI MEMPERKASA VISI DAN MISI MAIS
  1. Pembentukan Masyarakat Beriman, Berilmu dan Berakhlak;
  2. Memajukan Ekonomi Yang Perkasa;
  3. Melaksanakan Usaha-Usaha Dakwah Yang Berkesan;
  4. Memastikan Pengurusan Harta Yang Cekap; dan
  5. Mewujudkan Pengurusan Institusi Agama Yang Proaktif
PROGRAM - PROGRAM STRATEGI PERTAMA
  • Program Pengurusan Sumber Manusia Yang Terlatih dan Bermotivasi
  • Program Pengurusan Kualiti Menyeluruh
  • Program Teknologi Maklumat berinovasi dan Komunikasi Berkesan
  • Program Pusat Sumber MAIS Yang Lengkap

PROGRAM - PROGRAM STRATEGI KEDUA
  • Program Penyelidikan dan Pembangunan Skim Saham Wakaf dan Hartanah MAIS yang Berdaya Maju
  • Program Pembangunan Hartanah MAIS Yang Stabil dan Kukuh
  • Program Penyelenggaraan Hartanah MAIS Yang Konsisten dan Bersistem

PROGRAM - PROGRAM STRATEGI KETIGA
  • Program Pengembangan dan Kawalan Aqidah Saudara Baru
  • Program Dakwah Global Yang Mesra
  • Program Keprihatinan Pesakit di Hospital
  • Program Sistem Penyampaian Yang Kemas dan Pembinaan Imej Yang Dicontohi

PROGRAM - PROGRAM STRATEGI KEEMPAT
  • Program Penyediaan Belanjawan Yang Terancang
  • Program Pematuhan Amalan Pengurusan Kewangan Terbaik
  • Program Perbelanjaan Yang Berhemah
  • Program Pengauditan Yang Berjadual dan Berkesan

PROGRAM - PROGRAM STRATEGI KELIMA
  • Program Pemurnian Aqidah dan Perlindungan Wanita Yang Prihatin, Mesra dan Menyeluruh
  • Program Pengauditan Kewangan dan Pentadbiran Yang Komprehensif
  • Program Kesedaran dan Kefahaman Undang-Undang Syariah dan Sivil

MOTO MAIS
"MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH"

ETIKA KERJA MAIS
"AMANAH, PRIHATIN DAN MESRA"

BUDAYA KERJA
"ILMU YANG TINGGI, KOMUNIKASI YANG BERKESAN"