Latar Belakang Bahagian Pembangunan Insan
Bahagian Pembagunan Insan bertujuan untuk menguruskan pendaftaran, kebajikan dan pendidikan muallaf, penyebaran dakwah kefahaman Islam kepada 'non-muslim' serta memberi bimbingan ibadah kepada pesakit di hospital.
PENGENALAN
Bahagian Pembangunan Insan (BPI) adalah satu daripada Bahagian yang terdapat di dalam struktur keorganisasian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Pada asalnya, BPI dikenali dengan unit-unit kecil dalam pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Bermula pada tahun 1970-an, JAIS telah menubuhkan Unit Qariah dan Kemasyarakatan yang bertanggungjawab secara khusus mengenai hal ehwal mualaf di Negeri Selangor. Unit ini kemudiannya mengalami penjenamaan semula pada tahun 1992, apabila JAIS memperkenalkan Unit Ukhuwwah sebagai entiti baru yang mengendalikan hal ehwal saudara kita.
Penjenamaan dan penstrukturan semula Unit ini berterusan apabila pada tahun 1999. Unit Dakwah Saudara Kita (UDSK) ditubuhkan dan diletakkan di bawah kawal selia Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD), JAIS.
Selaras dengan pemerkasaan MAIS pada tahun 2005, tanggal 14 April 2005, MAIS mengambil alih Unit Dakwah Saudara Kita (UDSK) sepenuhnya daripada pentdabiran JAIS. Unit ini seterusnya diperkasakan lagi menjadi satu Bahagian dan dikenali dengan nama Bahagian Pembangunan Insan (BPI), MAIS. Penubuhan Bahagian Pembangunan Insan ini adalag selaras dengan Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 Seksyen 107 hingga Seksyen 117.
Bahagian Pembangunan Insan, MAIS terdiri daripada unit-unit yang berikut:
1. Unit Dakwah Saudara Kita (UDSK).
2. Unit Dakwah Global (UDG).
3. Unit Dakwah Hospital (UDH).
4. Unit Dakwah Kompleks Balkis (UDKB).
Selain daripada 4 unit ini, Bahagian Pembangunan Insan juga mempunyai unit-unit yang ditempatkan di seluruh pejabat agama Islam daerah (PAID) di Negeri Selangor yang turut menjalankan operasi Bahagian di peringkat daerah. Unit-unit tersebut adalah seperti yang berikut:
1. Unit Pembangunan Insan daerah Sabak Bernam di Sungai Besar.
2. Unit Pembangunan Insan daerah Kuala Selangor di Kuala Selangor.
3. Unit Pembangunan Insan daerah Klang di Klang.
4. Unit Pembangunan Insan daerah Petaling di Shah Alam.
5. Unit Pembangunan Insan daerah Kuala Langat di Sungai Manggis, Banting.
6. Unit Pembangunan Insan daerah Sepang di Bandar Baru Salak Tinggi.
7. Unit Pembangunan Insan daerah Hulu Langat di Kajang.
8. Unit Pembangunan Insan daerah Gombak di Taman Keramat.
9. Unit Pembangunan Insan daerah Gombak di Kuang.
10. Unit Pembangunan Insan daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu.
Sehingga Januari 2008, kekuatan tenaga kerja Bahagian Pembangunan Insan, MAIS terdiri daripada 63 orang pegawai dan kakitangan sokongan pelbagai kumpulan dengan 5 orang daripadanya adalah kakitangan sambilan. Kumpulan 63 orang pegawai dan kakitangan sokongan ini diketuai oleh seorang Penolong Setiausaha yang juga sebagai Ketua bagi Bahagian Pembangunan Insan, MAIS.
| Selepas > |
|---|




