Prosedur Memeluk Agama Islam
1. SENARAI SEMAK BAGI INDIVIDU YANG INGIN MEMELUK ISLAM DI NEGERI
SELANGOR DARUL EHSAN
1.1 Hadir terus ke Bahagian Pembangunan Insan, MAIS di Shah Alam atau mana-mana pejabat
agama Islam daerah (PAID) yang berhampiran.
1.2 Bawa kad pengenalan (Mykad) (bagi warganegara Malaysia) dan pasport (bagi bukan
warganegara Malaysia).
1.3 Bawa bersama-sama 2 orang saksi (lelaki beragama Islam).
1.4 Membawa bersama-sama 4 keping gambar berukuran pasport.
2. TINDAKAN SELEPAS MEMELUK AGAMA ISLAM
2.1 Hadir ke Kursus Intensif Saudara Kita (Asas) selama 5 hari 4 malam.
2.2 Hadir ke kelas pengajian Fardu Ain yang dianjurkan Unit Pembangunan Insan di pejabat
agama Islam daerah yang berhampiran.
2.3 Membuat pindaan butiran pengenalan dalam kad pengenalan (Mykad) di Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN).
3. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN DALAM MEMBUAT PINDAAN KAD PENGENALAN DI JABATAN
PENDAFTARAN NEGARA (JPN).
3.1 Kad pengenalan asal.
3.2 Kad perakuan memeluk agama Islam.
3.3 Sijil kelahiran.
3.4 Surat akuan sumpah.
3.5 Borang pindaan kad pengenalan (boleh didapati di Jabatan Pendaftaran Negara).
4. PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH BAHAGIAN PEMBANGUNAN INSAN.
4.1 Pengislaman dan pendaftaran pengislaman Saudara Baru
4.2 Kelas Bimbingan Fardu Ain
4.3 Kursus Intensif Asas dan Lanjutan Muallaf
4.4 Bantuan Pelajaran
4.5 Bantuan Bulanan
4.6 Bantuan Kecemasan
4.7 Bantuan Berkhatan
4.8 Bantuan Hari Raya
4.9 Bantuan Perkahwinan
5.10 Bantuan Perumahan
5.11 Bantuan Modal Perniagaan
5.12 Khidmat Nasihat dan Kaunseling
| < Sebelum | Selepas > |
|---|




