UCAPAN DARI MAIS

Latar Belakang


SEJARAH

Ditubuhkan di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Selangor melalui peruntukan dibawah Seksyen 53 dan Seksyen 54(2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No.9 Tahun 1995 (EJSS 1995). Melalui peruntukan yang sama satu kaedah telah digubal dan telah diluluskan di dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu Perintah – Perintah Tetap Baitul Ehsan 2001 yang membolehkan Baitul Ehsan mentadbir, memulih, membimbing dan melindung golongan wanita yang bermasalah di negeri Selangor khususnya.

Pusat ini didirikan di dalam kawasan seluas 6 ekar di daerah Sabak Bernam yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Dakwah Selangor yang lama. Baitul Ehsan mempunyai 2 kompleks iaitu :-

   1. Kompleks Perintah Mahkamah
   2. Kompleks Perlindungan Sementara




PEWARTAAN

ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995
PUSAT PERLINDUNGAN BAGI MAKSUD
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

En.9/1995
PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Majlis Agama Islam Selangor dengan ini meluluskan dan menetapkan kompleks bangunan yang dikenali sebagai Baitul Ehsan (Pusat Perlindungan Wanita) Sabak Bernam yang terletak di atas tanah Lot No. 51, 142 dan 143 dalam Daerah Sabak Bernam dalam Mukim Sabak, atas Pelan No.SEL.SYIT 5D dan yang meliputi keluasan seluas 6 ekar sebagai pusat perlindungan bagi maksud-maksud Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.


Dibuat pada 1 Februari 2001.

[ JAI.Sel 10034; PU.Sel.Agm/0007/Jld.2 ]

 

                        DATO‘ AMBRIN BIN BUANG
Pengerusi
Majlis Agama Islam Selangor