Panduan / Prosedur pelatih untuk memasuki Baitu Ehsan
PANDUAN MELENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN
KE PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN
Prosedur asas yang perlu diikuti oleh pemohon sebelum memasuki pusat perlindungan Wanita Baitul Ehsan adalah seperti berikut:
Langkah Pertama:
Mengisi Borang Permohonan Memasuki Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. Borang-borang tersebut boleh diperolehi di :
1. Pejabat Pentadbiran Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.
2. Pejabat Pentadbiran Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jabatan Agama
Islam Selangor.
3. Pejabat Pentadbiran Bahagian Perundangan Keluarga Jabatan Agama Islam
Selangor.
4. Semua Pejabat Agama Islam Daerah seluruh Negeri Selangor.
Langkah Kedua:
Melengkapkan Borang Permohonan kemasukan dengan menyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan. dokumen-dokumen yang berkaitan tersebut adalah seperti berikut mengikut kategori pemohon:
Dokumen yang perlu dilampirkan bagi Kategori Perintah Mahkamah
I. Waran Perintah Mahkamah
II. Borang Permohonan Kemasukan yang telah lengkap diisi.
III. Kad Pengenalan Diri yang asal serta salinannya.
IV. Kad Pengenalan Diri atau Surat Beranak tanggunan yang asal serta salinannya.
V. 5 keping gambar pemohon bersaiz ukuran pasport.
Dokumen yang perlu dilampirkan bagi Kategori Perlindungan
I. Borang Permohonan Kemasukan yang telah lengkap diisi.
II. Kad Pengenalan Diri yang asal serta salinannya.
III. Kad Pengenalan Diri atau Surat Beranak tanggunan yang asal serta salinannya.
IV. 5 keping gambar pemohon bersaiz ukuran pasport.
V. Laporan Polis.
VI. Surat Akuan Sumpah.
Dokumen yang perlu dilampirkan bagi Kategori Rumah Perlindungan
I. Borang Permohonan Kemasukan yang telah lengkap diisi.
II. Kad Pengenalan Diri yang asal serta salinannya.
III. Kad Pengenalan Diri atau Surat Beranak tanggunan yang asal serta salinannya.
IV. 5 keping gambar pemohon bersaiz ukuran pasport.
V. Laporan Polis.
VI. Surat Akuan Sumpah.
VII.Laporan Perubatan - Bukti Penderaan.
Langkah Ketiga:
Mendapatkan sokongan daripada mana-mana pegawai seperti berikut iaitu Pegawai Tadbir Agama Daerah, Penghulu, Ketua Kampung atau Pegawai Kerajaan Kelas A. Manakala setiap permohonan pula hendaklah melalui salah satu bahagian seperti berikut iaitu Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, Bahagian Perundangan Keluarga Islam dan Pejabat-Pejabat Agama Islam Daerah.
| < Sebelum | Selepas > |
|---|




