Latar Belakang Bahagian Pengurusan
Bahagian Pengurusan telah diwujudkan pada 3 Mac 2005 iaitu selepas program penstrukturan semula Majlis Agama Islam Selangor.
Selaras dengan Visi dan Misi Majlis Agama Islam Selangor maka Bahagian Pengurusan telah pun mewujudkan empat unit di bawahnya iaitu:
* Unit Pentadbiran
* Unit Sumber Manusia
* Unit Sistem Maklumat
* Unit Pusat Sumber
Waran perjawatan yang telah diluluskan dalam Mesyuarat AMIS bagi Bahagian Pengurusan adalah sebanyak 47 jawatan. Bahagian ini diketuai oleh seorang Penolong Setiausaha Gred 44, 4 Orang Pegawai 41 yang mengetuai Unit Pentadbiran, Unit Sumber Manusia, Unit Sistem Maklumat dan unit Pusat Sumber, 10 Orang pegawai gred 27/29, 1 orang pegawai gred 22, 14 orang pegawai gred 17, 12 orang pemandu dan 5 orang Pembantu Am Pejabat.
| < Sebelum | Selepas > |
|---|




