Latar Belakang Bahagian Mal
Pada awal penubuhan Bahagian MAL dikenali sebagai Bahagian Sumber AM. Namun setelah mesyuarat MAIS Bil 1/2005 yang bersidang pada 14 April 2005 Bahagian Sumber Am telah diberi nafas baru dengan nama Bahagian MAL. Bahagian ini terdiri daripada tiga elimen penting iaitu Unit Wakaf, Unit Wasiat dan Amanah serta Unit Faraid. Penubuhan Bahagian MAL bertujuan untuk menguruskan harta umat Islam yang merangkumi wakaf, wasiat, harta amanah dan harta lebihan harta faraid di Negeri Selangor. Ini menepati Seksyen 5 (4) dan seksyen 89 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 iaitu:
Seksyen 5(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan:
"Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah"
Seksyen 89 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan :
"Majlis menjadi pemegang amanah tunggal wakaf, nazr dan amanah."
Waran perjawatan yang telah diluluskan dalam Mesyuarat MAIS bagi Bahagian adalah sebanyak 53 jawatan. Bahagian ini diketuai oleh seorang Penolong Setiausaha gred 44, 3 orang Pegawai Hal Ehwal Islam gred 41 yang mengetuai Unit Wakaf, Unit Faraid, Unit Wasiat dan Amanah, 15 orang pegawai gred 27 dan 34 orang pegawai gred 17 termasuk yang ditempatkan di sembilan (9) daerah dalan Negeri Selangor.
| < Sebelum | Selepas > |
|---|




