Latar Belakang Bahagian Pembangunan Hartanah
Selaras dengan pemerkasaan MAIS, maka bahagian ini dikenali dengan Bahagian Pembangunan Hartanah. Dalam memastikan tanggungjawab MAIS sebagai pemegang amanah tunggal harta umat Islam di Negeri Selangor dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bahagian ini berperanan dalam mengurus, menyelenggara dan membangunkan harta-harta tersebut agar dapat memberikan pulangan dan manfaat kepada umat Islam di negeri ini. Untuk memastikan tugas tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar, bahagian ini dibahagikan kepada tiga (3) unit iaitu:
* Unit Pembangunan Hartanah
* Unit Pengurusan Hartanah
* Unit Penyelenggaraan
* Unit Penyelenggaraan
Waran perjawatan yang telah diluluskan dalam Mesyuarat MAIS bagi Bahagian Pembangunan Hartanah adalah sebanyak 5 jawatan. bahagian ini diketuai oleh seorang Penolong Setiausaha gred 44, 3 orang Pegawai gred 41 yang mengetuai Unit Pembangunan Hartanah, Unit Pengurusan Hartanah dan Unit Penyelenggaraan, 6 orang pegawai gred 27/29, 6 orang pegawai gred 17.
| Selepas > |
|---|




