UCAPAN DARI MAIS

Pengenalan Bahagian Audit Dalam

Bahagian Audit Dalam, Majlis Agama Islam Selangor ditubuhkan pada tahun 2000 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Baitulmal/Zakat Majlis Agama Islam Selangor bertarikh 12hb Jun 2000 bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan imej Baitulmal amnya dan MAIS khususnya.

Pada awal penubuhan, Bahagian Audit Dalam MAIS hanya melaporkan permasalahan atau penemuan audit kepada S.S. Dato’ Setiausaha MAIS. Laporan dan pemerhatian Audit tidak pernah dipanjangkan atau dibincangkan di dalam mana-mana jawatankuasa di dalam MAIS.

Agenda Pemerkasaan MAIS 2005 menyarankan agar penyelarasan semula jentera pentadbiran dibuat menepati dengan struktur baru MAIS yang telah berkembang dan maju.  Rentetan dari agenda tersebut, satu rombakan perjawatan kakitangan MAIS telah dilaksanakan bagi memastikan satu pengurusan kerja yang lebih efisyen dan efektif.

Mulai  tahun 2005,Bahagian Audit Dalam diletakkan dibawah Pengerusi MAIS. Bahagian dipantau dan dikawalselia Pengerusi MAIS bersama Jawatankuasa Audit Dalam MAIS yang ditubuhkan dengan kelulusan Mesyuarat Baitulmal/Zakat Bil 1/2005 bertarikh 11 April 2005.