Piagam Bahagian Audit Dalam
Tujuan Audit Dalam adalah untuk memberi satu pandangan bebas dan profesional sebagai nilai tambahan kepada MAIS dan JAIS. Ia dilaksanakan dengan memperbaiki operasi secara pendekatan berdisiplin dan sistematik. Ia juga menilai dan memperbaiki keberkesanan risiko pengurusan, kawalan dan proses pentadbiran dalam organisasi MAIS dan JAIS. Bahagian juga menyemak dan memantau pengurusan kewangan Masjid, surau dan Sekolah Rendah (JAIS) di negeri Selangor agar dilaksanakan dengan cekap dan penyata kewangan disediakan adalah benar dan saksama.
| < Sebelum | Selepas > |
|---|




