UCAPAN DARI MAIS

Fungsi Bahagian Audit Dalam

Di antara fungsi Bahagian Audit termasuk pemeriksaan dan penilaian ke atas kecekapan dan keberkesanan kawalan dalaman dan prestasi MAIS dan JAIS dalam menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Fungsi-fungsi lain adalah seperti berikut:-

1. Menilai ketepatan dan kejujuran dalam pengurusan kewangan.

2. Menilai pengwujudan sistem bagi memastikan ia mematuhi Amalan Terbaik, Peraturan-Peraturan,
    Undang-Undang yang boleh memberi kesan kepada operasi dan laporan serta menentukan pematuhan
    dilaksanakan.

3. Menilai keberkesanan dalam menjaga harta dan kepentingan MAIS dengan mengesahkan pengwujudan harta
    tersebut serta dilindungi dari segi penipuan dan penyelewengan

4. Menilai sistem kawalan dalaman bagi menentukan ia berfungsi seperti yang sepatutnya.

5. Menilai projek-projek atau aktiviti khas bagi menentukan ia dilaksanakan seperti yang dicadangkan.

6. Sebagai penasihat dan perunding dalam meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan sumber
    ekonomi.

7. Menilai kewujudan dan keberkesanan perlaksanaan sistem kewangan dan operasi.

8. Menilai perkembangan aktiviti operasi, prestasi dan kedudukan kewangan MAIS dan anak-anak syarikat
    dengan mengkaji ketepatan kan kesahihan laporan pengurusan.