Kod Etika Bahagian Audit Dalam
Pegawai Audit Dalam bertanggunjawab untuk melaksanakan tugasan yang diberi dengan kejujuran, kerahsiaan dan kecekapan. Etika kerja yang diwujudkan adalah berdasarkan Institute Of Internal Auditors Malaysia :-
1. Jujur, bermatlamat dan rajin dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
2. Menunjukkan ketaatan dalam segala hal-hal berkaitan MAIS dan mengelakkan diri daripada
terlibat dalam perkara dan aktiviti yang salah dari sisi undang-undang.
3. Mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti yang boleh mencetuskan “Conflict Of Interest”
atau prasangka dalam kebolehan mencapai matlamat tugasan.
4. Menolak tawaran yang boleh merosakkan keputusan audit.
5. Berhati-hati dalam menggunakan maklumat yang diterima semasa melaksanakan tugasan dan
tidak menggunakan maklumat rahsia untuk kepentingan peribadi atau merosakkan imej MAIS.
6. Melaksanakan penjagaan yang berpatutan untuk mendapatkan maklumat yang lengkap dan
berfakta bagi membuat kesimpulan dan laporan.
7. Melaksanakan perancangan kerja di mana audit mempunyai pengetahuan, skill dan pengalaman
yang berpatutan.
| < Sebelum | Selepas > |
|---|




