Anda berada di: Muka Depan
 
 

Perolehan MAIS

PANEL PEMBEKAL MAIS

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ingin mempelawa syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementrian Kewangan Malaysia di dalam bidang yang berkaitan bekalan untuk mendaftar sebagai pembekal MAIS.

Sekiranya berminat, syarikat-syarikat hendaklah mengemukakan dokumen berikut:

1.   Borang Pendaftaran Syarikat (Bekalan).

2.   Salinan bukti pembayaran (resit) Yuran Pendaftaran Tahunan sebanyak RM10.00.

3.   Profail syarikat yang lengkap dengan pengalaman kerja dan penyata kewangan terkini.

4.   Senarai harga bekalan yang terkini bagi tempoh setiap 3 bulan untuk sepanjang tahun.


Syarat-syarat kelulusan sebagai pembekal adalah seperti berikut:

1.  Terbuka hanya kepada syarikat bumiputra/bukan bumiputra yang beragama Islam.

2.  Pendaftaran syarikat hendaklah diperbaharui setiap tahun dan perlu dibuat sebulan awal sebelum tamat tempoh pendaftaran.

3.  Sebarang perubahan ke atas maklumat syarikat hendaklah dimaklumkan kepada kami dengan kadar segera.

4.  Syarikat pembekal akan dinilai melalui perkhidmatan yang diberikan dan pihak MAIS akan menentukan samada syarikat tersebut terus dikekalkan/diberi    amaran secara bernotis/digugurkan daripada senarai panel.

 

 

KENYATAAN TENDER/SEBUT HARGA
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

KenyataanTender/Sebutharga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam bidang yang berkaitan.

Sekiranya anda berminat, sila mendapatkan maklumat tender/sebutharga di Majlis Agama Islam Selangor ataupun di bawah adalah dokumen yang diperlukan (dalam format pdf) yang boleh dimuat turun untuk rujukan anda. Sila pastikan anda mempunyai Adobe Acrobat Reader untuk melihat dan mencetak borang-borang ini.

1. Borang Pendaftaran Syarikat (Bekalan)

2. Borang Pendaftaran Kontraktor Dan Perunding Setiap kontraktor / perunding yang ingin 
    berdaftar dengan MAIS perlu memenuhi kriteria berikut:-
   
i. Fi tahunan pendaftaran sebanyak RM10.00
ii.
 Diwajibkan membayar Saham Wakaf sebanyak RM10.00 (minima)
iii. Perlu membayar zakat pendapatan
iv. Perlu melampirkan sijil-sijil daripada Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang telah disahkan.
v. Perlu melampirkan profail syarikat yang lengkap dengan pengalaman kerja dan penyata kewangan terkini.
vi. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan didaftarkan.
 
      

KENYATAAN SEBUTHARGA MAIS

 KETERANGAN SEBUTHARGA KOD BIDANG
TARIKH DIBUKATARIKH DITUTUP 
 STATUS
Perkhidmatan Membangun, Merekabentuk, Memasang, Mengkonfigurasi, Menguji Dan Mentauliah Sistem Pengurusan Maklumat MAIS (i-Mais, i-Muallaf Dan e-Riqab) Untuk Majlis Agama Islam Selangor
210102,
210103,
210104,
210106
28/10/2013Isnin
18/11/2013
jam 12.00
Tengahar
i
TELAH DITUTUP
Membekal, Menguji, Mentauliahguna Dan Menghantar 1 Unit Bas 44 Penumpang Berhawa Dingin Untuk Majlis Agama Islam Selangor Bagi Kegunaan Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman11010528/10/2013isnin
11/11/2013
jam 12.00
Tengahari
TELAH DITUTUP
Kerja-Kerja Membina 2 Unit Rumah Berkembar 3 Bilik Untuk Bantuan Rumah Asnaf Muallaf Di Kampung Orang Asli Bukit Bangkong 43950 Sungai Pelek, Sepang Selangor

CIDB

Gred : G1

Kategori : B : CE : ME (Pembinaan Bangunan)

(Pembinaan Kejuruteraan Awam)

(Mekanikal Dan Elektrikal)

Pengkhususan:

B04 - Kerja Am Bangunan

CE21 - Kerja-Kerja Am Kejuruteraan Awam

20/11/2013Rabu
3/12/2013
jam 12.00
Tengahari

TELAH DITUTUP
Membekal, Menguji, Mentauliah Dan Menghantar 10 Unit Kenderaan NISSAN URVAN MICROBUS 14 Penumpang Berhawa Dingin Untuk Majlis Agama Islam Selangor Bagi Kegunaan Rumah Perlindungan Al Riqab11010324/10/2013Rabu
6/11/2013
jam 12.00
Tengahari
TELAH DITUTUP
 

 

 

 
 
 
 

Intranet MAIS

 
 
 
 

Copyright 2012 © Majlis Agama Islam Selangor. All Rights Reserved.