UCAPAN DARI MAIS

Bahagian MAIS

  

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meletakkan agenda pembangunan ummah sebagai visi dan misi utama ke arah memartabatkan pembangunan masyarakat Islam khususnya di negeri Selangor seiring dengan pencapaian status Selangor sebagai Negeri Maju Tahun 2005.

Ke arah merealisasikan misi besar tersebut, tanggungjawab MAIS disempurnakan oleh Tiga Belas Bahagian yang proaktif, terancang dan bersepadu.

  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (4 Artikel)


    Mengurus hal ehwal pentadbiran pejabat, keselamatan bangunan pejabat dan kenderaan dengan bersistem dan berkualiti, pengurusan sumber manusia dari segi perkhidmatan, latihan & kebajikan dengan adil dan menyeluruh, pengurusan sistem teknologi maklumat yang berinfomasi dan terkini, pengendalian Mesyuarat Majlis dan Jawatankuasa Tetap MAIS yang lancar dan sempurna serta pengurusan pusat sumber yang lengkap dan selesa.
  • Bahagian Baitulmal (4 Artikel)

    Memastikan Pengurusan Kewangan MAIS dilaksanakan dengan telus, cekap dan berkesan serta selaras dengan kehendak Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Amalan Terbaik Pengurusan Kewangan MAIS 2003.
  • Bahagian Pembangunan Insan (11 Artikel)

    Bahagian Pembagunan Insan bertujuan untuk menguruskan pendaftaran, kebajikan dan pendidikan muallaf, penyebaran dakwah kefahaman Islam kepada 'non-muslim' serta memberi bimbingan ibadah kepada pesakit di hospital.
  • Bahagian Teknologi Maklumat (2 Artikel)


     “Menyediakan khidmat sokongan dan pengurusan teknologi maklumat yang efisyen, cekap dan berkesan.”
  • Bahagian Mal (5 Artikel)

    Mempertingkatkan kecekapan pengurusan pendaftaran, pembangunan dan penyebaran maklumat harta wakaf, faraid, wasiat dan amanah bagi apa-apa amanah dengan lebih sistematik, cekap dan berkesan.

  • Bahagian Perancang Ekonomi (3 Artikel)

     Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) harta dalam hal ehwal perkhidmatan dan harta MAIS untuk pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Tetap MAIS ke arah peningkatan kemajuan ekonomi dan sosial umat Islam Negeri Selangor.
  • Bahagian Pembangunan Hartanah (5 Artikel)

     Merancang, melaksana dan mengurus hartanah Majlis supaya mendatangkan pulangan kepada majlis secara optimum bagi membantu meningkatkan kedudukan ekonomi umat islam di Negeri Selangor.
  • Bahagian Audit Dalam (7 Artikel)

    Membantu organisasi MAIS dan JAIS bagi mempertingkatkan keberkesanan pencapaian matlamat MAIS dan JAIS melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin ke arah kecemerlangan pengurusan dan akauntabiliti MAIS dan JAIS, untuk menilai dan memperbaiki keberkesanan proses kawalan dalaman dan tadbir urus.
  • Bahagian Undang-undang (2 Artikel)

     Memastikan segala urusan perundangan Majlis diurus dengan efektif, efisyen dan profesional melalui khidmat nasihat, penggubalan, penyediaan dan semakan perjanjian dan pengurusan kes mahkamah selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada berlandaskan Syariah.
  • Bahagian Perhubungan Awam (2 Artikel)

  • Perpustakaan Wakaf (6 Artikel)

     "ILMU PEMANGKIN GENERASI CEMERLANG"
  • Bahagian Penyelenggaraan & Pelaksanaan Projek (1 Artikel)

  • Bahagian Pemulihan Ar-Riqab (2 Artikel)

  • Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan (12 Artikel)

      Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan
  • Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman (11 Artikel)

    Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman.
  • Bahagian Pentadbiran (1 Artikel)