Perbadanan Wakaf Selangor

Majlis Agama Islam Selangor

  • Besarkan saiz font
  • Default saiz font
  • Kurangkan saiz font

Perbadanan Wakaf Selangor

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah diistiyarkan penubuhannya pada 11.1.2011 berdasarkan keputusan mesyuarat MAIS Bil 4/2010 dan perintah Perbadanan Wakaf Selangor 2010. Sejajar dengan pemerkasaan MAIS pada 21 Mac 2005 yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor. Maka menjadi salah satu matlamat operasi dan pengurusan MAIS untuk melaksanakan perancangan pembangunan hartanah yang berdaya maju terutama tanah-tanah wakaf di negeri Selangor.

 

Cadangan Risalah Sahabat Wakaf

E-mail Cetak PDF

Maksud Wakaf

Terminologi;

wakaf berasal daripada perkataan Arab “waqafa” yang bermaksud berhenti, menegah dan menahan.

Istilah Ahli Fiqh;

Al-Qurtubi (1980, hlm: 1012) berpendapat  Wakaf ialah mengeluarkan harta dan manfaat yang dimiliki ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT demi untuk menghampirkan diri kepadaNya.

Pengertian Wakaf

Wakaf ada satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum dan khusus dengan niat sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Dalil-Dalil Wakaf

“kamu tidak sekali-kali akan mencapai kepada kebajikan yang sempurna, sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui”

(Surah Ali-Imran : 92)


“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara, SEDEKAH JARIAH (WAKAF), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya.”

(Riwayat Muslim)

Kelebihan Wakaf Sebagai Sedekah Jariah

Para ahli Fiqh dan Ulama’ berpendapat amalan wakaf adalah satu-satunya ibadah yang berbentuk SEDEKAH JARIAH dan ianya mempunyai beberapa kelebihan di antaranya:-

1.   Menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir kepada pewakaf hingga ke hari akhirat selagi harta tesebut kekal dan dimanfaatkan.

2.   Satu system yang berpotensi untuk menyumbang kepada kesejahteraan sosial masyarakat Islam melalui kensep pengumpulan harta bersama.

Apa itu SWS?

Saham Wakaf  Selangor (SWS) adalah satu cara bewakaf melalui wang tunai iaitu dengan cara membeli unit-unit saham yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai pemegang amanah dan mewakafkan unit-unit saham tersebut selama-lamanya kerana Allah S.W.T. dengan tujuan demi kepentingan dan kebajikan ummah.

Objektif Program Sahabat Wakaf

- Menyeru golongan swasta dan korporat untuk menghayati dan mengamalkan ibadah wakaf;

- Menyeru golongan swasta dan korporat untuk bersama-sama menyumbang dalam pembangunan harta wakaf melalui hasil sumbangan wakaf yang diberikan;

Bentuk Kerjasama

Kerjasama yang dimaksudkan adalah mencadangkan syarikat-syarikat korporat ini menyumbangkan beberapa % daripada pendapatan syarikat untuk diwakafkan melalui PWS.

Jumlah yang dicadangkan oleh pihak PWS 1%- 5% daripada pendapatan tahunan syarikat.

Keistimewaan Saham Wakaf Selangor

“Sumbangan derma dikecualikan daripada Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 No. Rujukan LHDN.01/35/42/51/179-6.5621 No warta kerajaan bertarikh 27.07.2004”.

Individu layak untuk mendapat pengecualian cukai sebanyak (7%) manakala bagi Syarikat pengecualian cukai LHDN adalah sebanyak (10%) yang ditolak daripada pendapatan agregat

Kelebihan sahabat wakaf

- Sijil Penghargaan ;

- Plak Penghargaan;

- Dijemput untuk menjadi tetamu VIP jika terdapat Program Rasmi ;

- Ahli korporat yang mewakaf melebihi RM 100,000  akan diberi keistimewaan menyerahkan cek kepada DYMM Sultan Selangor;

- Berita dan logo rasmi syarikat akan diselitkan ke dalam buletin dan website PWS;

- Cenderahati PWS.

Fatwa Negeri Selangor

Hasil daripada wang Skim Saham Wakaf Selangor hendaklah dibelanjakan bagi tujuan pembelian aset kekal. Manakala wang manfaat wakaf Selangor boleh dibelanjakan untuk memberi bantuan dan perbelanjaan lain yang difikirkan sesuai oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

( Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 5 September 2006 )

 

Pautan

Anak syarikat MAIS

 

Lain-lain

 

Kaji Selidik

Adakah anda berpuashati dengan paparan portal Perbadanan Wakaf Selangor?:
 

Bayaran Online E-MAIS

Iklan